Monday, April 30, 2012

Back to nature Getaway.....


Today 28/4/2012 (Saturday), actually kat KL ada perhimpunan Bersih 3.0 – duduk bantah.  Because of avoiding all the massive traffic jams like what had happened during Bersih 2.0 last time, I decided to take a vacation. A perfect back to nature getaway. This time I chose Gopeng, Adeline’s Rest House.

This time aku pergi dengan Aznol. I hope he will enjoy the getaway…….
Pondok buluh- selesa
Bertolak dari Subang Jaya about 8.00am, non-stop sampai ke Gopeng menerusi PLUS highway. Setelah exit di Gopeng, kita orang just follow the map given by the rest house. Kinda easy. Tak sesat, terus sampai about 10.30am. Setelah checked-in kami terus ke rest house. Actually Adeline’s has 2 type of accommodations. Villa and rest house. Due to villas fully booked kami stay di rest house – a hut, pondok buluh actually…really back to nature…kesian aznol….. Almaklumlah, aku called for booking pun about a week je…lepas watched Astro Chanel 702, Discovery Perak.

After lunch provided by the rest house, we are preparing for our caving activities. Sounds like fun, the last time I went for caving was on February, Gua Gelap, Gua Keris and Gua Pahlawan (kot..forgotten), sewaktu XPDC Gunung Stong with Alesco Explorer Club (AEC) kat Kelantan.
Gua Kandu
Gua Kandu, Gopeng gua pilihan. Actually ada 2 gua, satu lagi is gua tempurung. But due to masa yang suntuk kami just pergi Gua Kandu. This time, aku dan Aznol tak pergi berdua sahaja. We are accompanied by  a group of 10 from Negeri Sembilan. Trekkers Along & Andrew. Big group is enjoying too…..much much better dari if pergi berdua je. They are fun and friendly.
Dari rest house, cuba teka kami pergi naik apa? Naik lorry….!!!Duduk kat belakang.  Terasa macam lembu nak disembelih plak…hahaha…
atas lori, perjalanan dari rest house to gua kandu takes about 15 minutes

Trekker habaq kat kami, it takes about 2hours for this caving trip. Perjalanan bermula dengan a short jungle trekking, tapi letih gak la coz terpaksa mendaki guna tali. Tak perlu laju-laju coz we are not in a race, we are here to enjoy mother nature. Sambil trekking sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Biasalah dalam gua gelap, so  torch light is required. Nasib baik aku ada bawak…. Terpukau gak la aku tengok all the stalagtite & stalagmite formation dalam gua ni. Keajaiban alam ciptaan tuhan. Terjadi akibat titisan air beratus-ratus tahun…masyaAllah….. Tapi tak boleh sentuh, coz ditakuti akan membantutkan formation tersebut… let’s let nature works by itself okay….
unik

Gua Kandu caving activity is really adventurous, macam-macam gaya kita orang buat…. Bukan setakat berjalan, mendaki tapi merangkak, melompat etc. Agak lasak, that’s what we are looking for actually. Di bahagian gua yang agak curam, tali disediakan. So we all kene lah buat macam-macam gaya, jalan ketam, jalan kebelakang…. Letih gak la…. Seronok!!!

Malam, we are served with barbeque …. First class…memang terbaik dari ladang….
satay, bbq daging, udang, ayam,  bamboo soup....marvellous

Malam ada activity night jungle trekking, kalau berminat boleh la join…. Tapi aku just duduk lepak je la….

The next day, after breakfast lots of fun activities are waiting. These pictures enough to tell how enjoy this getaway is…..
ATV kat ladang kelapa sawit..thrill

Ulu Geruntum waterfall
water abseiling
Percutian kali ini memang seronok. Terputus hubungan dengan dunia luar- no hp, no internet, no tv and no radio….totally terputus. Yang ada cuma all the guests, flora & fauna, dan komuniti orang asli. Hinggakan aku terlupa hari.... suasana sekeliling tenang, bersih, nyaman dan hijau….. and the people who I just met – they’re very friendly.
terbaik....definitely will come again
Apabila sampai di rumah, aku pun start on facebook…. Terkejut!!! Some of my friends updated their status on the Bersih 3.0 issue. Videos & photos, semuanya menunjukkan keganasan, huru-hara. Seketika aku rasa, bestnya kalau aku terus tinggal kat Adeline’s. Tenang, aman, dan segar….. Suddenly, I decided apabila dah pencen nanti nak stay kat Muar, Johor – my kampung. Hoping at that time, Muar still like today- unchanged. Some place we need to keep it untouched……….

p/s: ooo...in the end of the getaway, Aznol admits he enjoyed it and asks me for next back to nature trip....

Saturday, April 21, 2012

XPDC Stong with AEC

Xpdc ni dah lama dah...february 2012, tapi baru hari ni berpeluang nak tulis. Just tuk abadikan kengan ni untuk renungan bila dah tua nanti (that means sekarang ni aku masih muda lagi - young at heart ... at least).
Xpdc kali ini disetai oleh 21orang.... meriah!! The more the merrier rite. Xpdc paling jauh buat ALESCO Explorer Club (AEC). Dari Shah Alam ke Dabong, Kelantan.

Perjalanan dimulakan dengan menaiki Komuter dari Shah Alam, so kami semua berkumpul di station komuter.
Gile banyak beg...
sambil menunggu komuter ke KL Sentral
Train ke Dabong, Kelantan dari KL Sentral bertolak jam 8.30pm. Kita orang memilih untuk duduk di kerusi sahaja- tidak katil...kerana katanya semua masih gagah lagi- bertenaga. Kami tiba di Dabong stesen about at 8 in the morning.


Setelah selesai bersarapan, kami di bawa oleh trekkers untuk explore 3gua yang berdekatan- Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar. Seronok... nyaman..tenang dan mengagumkan. Indahnya ciptaan ALLAH - stalagmite & stalagtite terhasil dari titisan air selama beratus tahun...mungkin juga berjuta. Kami diingatkan oleh Jebat(trekker) agar tidak menyentuh batu-batu di dalam gua kerana ditakuti boleh membantutkan proses semulajadinya.
salah satu gua ialah gua ikan

stalagtite & stalagmite
berehat sambil mendengar mitos about kingkong & pahlawan yang berlawan di dalam gua ni. kesannya ada kasut pahlawan & tapak tangan king kong
inilah bekas tapak tangan king kong pada dinding gua (mitos)
Hampir 2 jam gak la kami mengeksplorasi 3gua ni. Then xpdc diteruskan dengan mendaki gunung Stong. Perjalanan agak mencabar coz tanah basah ekoran hari hujan sebelum itu. Kaki aku sampai kejang la jugak untuk sampai ke Kem Baha tempat untuk berkhemah dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan mendaki puncak Stong keesokkan harinya

sedapnye...pandai masak
itadakimasu.....
puncak Stong ...
sunrise dari kem Baha
air terjun jelawang
salute you guys.....
beg dah ringan... legaaaa
otw back to real life..... hmmmm
balik dalam train semua orang dapat katil.... terbaeekkk xpdc kali ni
Ada peluang kita ke STONG lagi......insyaAllah
alhamdulillah ... puas
air terjun jelawang - view dari kaki gunung
subhanallah

Sunday, March 25, 2012

My WORDS....are my thoughts, Their words.....are my INSPIRATION

My WORDS..... are my thoughts,


1. I have faith in men. Men able to do things which beyond what they think they could, even beyond their imaginations.....So stop saying NO.

2. Sayangi ibubapa sementara mereka masih hidup, apa guna menangis semasa mengebumikan mereka sekiranya hidup mereka kita abaikan.....

3. Nobody too small till insignificant.

4. Buat kerja setiap hari dengan ikhlas, capai sesuatu untuk kepuasan diri, agar setiap hari sebelum tidur, kita mampu tersenyum.......

5. Mutiara di dasar lautan, di dalam tiram pun orang boleh jumpa...... tak perlu hebohkan kepada dunia apa yang kita dah lakukan.... suatu hari nanti pasti diketahui.

6. Mempunyai pandangan berbeza tak bererti kita salah, it's just that they haven't reached that level  yet....

7. Jangan campur-adukan kerja dan peribadi.... setiap hari apabila datang kerja, tinggalkan semua masalah peribadi di guard house, dan apabila pulang, ambil semula.



Their words..... are my INSPIRATION


1. "It depends on the individual in power. If the individual in power is bad, even the best system would not yield the desired result," - Tun Dr Mahathir Mohamad

2. "Hope keeps a man alive, but honor and duty drives him to victory."
— Benjamin Diedriech

3. "The problem with our age (era) is we are governed by people who care more about feeling than thoughts and ideas" - Margaret Thatcher

4. "I am the master of my fate, I am the captain of my soul" - Nelson Mandela was inspired by this poem by William Henley

5. " I don't judge, and I don't like to judge people, but if they do judge me, I can't do anything" - Leya


6. "Somebody needs to say the unsayable" by Margaret Thatcher

7. " it used to be about trying to do something. Nowaday, it's about trying to be someone" by Margaret Thatcher




*p/s: will add more and more words from time to time

I am the master of my fate: I am the captain of my soul.

Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,


I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.


by William Henley
Nelson Mandela was inspired by this poem
'Invictus' (Unconquered, Undefeated)

Monday, March 19, 2012

XPDC Gunung Nuang - AEC

ALESCO Explorer Club, AEC ( kelab tidak rasmi), dianggotai oleh 14 orang perintis. Aktiviti sulung AEC ialah menawan puncak Gunung Nuang bermula 26/3 – 27/3/2011. Ia terletak di Hulu Langat, Selangor, berketinggian 1,493meter (4,898kaki). Puncaknya terletak di sempadan negeri Pahang dan Selangor. Gunung Nuang merupakan gunung yang tertinggi di Selangor dan menjadi sebahagian daripada banjaran Titiwangsa.


Berbekalkan semangat, kami memulakan eksplorasi pada pukul 9.00pagi (sabtu, 26/3), selepas bersarapan nasi lemak dan sandwich sebagai pengalas perut. Pendakian dari kaki gunung ke Kem Lolo, tapak khemah untuk kami bermalam mengambil masa hampir 3jam. Pendakian bermula dengan laluan balak yang agak besar tapi meletihkan, disusuli denga laluan tikus yang kecil tapi mencabar.


apa ada dalam container biru...? A.Y.A.M...ayam
Setibanya di Kem Lolo, kami mendirikan khemah sebagai tempat beristirehat seketika sebelum meneruskan pendakian.


ladies khemah lain... tak bleh campur wooo....
Berhampiran dengan tapak khemah, mengalir sungai yang airnya jernih dan sejuk. Suasana nyaman hutan simpan amat menyegarkan. Terasa hilang seketika keletihan pendakian kami seharian.


Selepas tenaga dijana semula, kami mula menyiapkan makan malam pula. Hidangan kami di waktu malam, di atas gunung sangat hebat. Siapa sangka barbecue ayam, tomyam ayam, sardine dan tidak ketinggalan sambal belacan menjadi santapan kami. Terasa seolah-olah sedang menjamu selera di hotel lima bintang.

masak tomyam atas gunung....terbaekkk

tak sia-sia....

Selepas makan, kami membuat ‘post-mortem’ mengenai masalah yang kami hadapi semasa pendakian tadi dan menyenaraikan countermeasure untuk ekspedisi kami seterusnya. (Kami kan staff SKP – actions plan and countermeasure sudah menjadi darah daging…..).

lapaq giler ni....
Keesokannya (27/3), pagi kami bermula seawal pukul 5.30. Suasana segar pagi di hutan simpan menjadi perangsang semangat untuk kami meneruskan ekspedisi menawan puncak Nuang. Selepas bersarapan, ekspedisi diteruskan. Kali ini, pendakian kami lebih mencabar. Jalan tikus menjadi semakin kecil dan tinggi, tiada jalan rata atau landai lagi. Hutan balak dan laluan yang semakin licin dan berbahaya terpaksa kami redahi. Sesekali kami terpaksa melangkau balak yang tumbang menghadang laluan. Letih tidak terucap dek kata-kata lagi. Apatah lagi apabila bekalan air minuman yang kami bawa telah kehabisan.

Akhirnya, selepas hampir 5 jam, semua ahli AEC berjaya menawan puncak Gunung Nuang setinggi 4,898kaki. Pelbagai perasaan, kesusahan dan keletihan yang terpaksa ditempuhi sepanjang pendakian, terasa berbaloi apabila kami berjaya merakamkan gambar kenangan di puncak Gunung Nuang.

Eksplorasi ini mengajar kami erti kesungguhan, mendidik kami untuk tidak berputus asa walau apa jua masalah yang dihadapi, demi untuk mencapai matlamat. Semangat kental dan semangat berpasukan menjadikan eksplorasi ini satu realiti.

‘ALESCO, namamu di puncak Gunung Nuang’

aku yang keletihan....

Sunday, March 18, 2012

too small and almost insignificant.....?

Dah dua tahun tak menulis rupanya....and dah lama jugak nak mula menulis tapi tak berkesempatan. Blog ni pun for fun only. Salah satu sebab kenapa today suddenly aku start writting maybe because of "BLOGGING to unblock" - Dr Mahathir Mohamad. 
I had been following chedet.com since 2009. Since then I never missed to read any of his thoughts and ideas. But last week, aku beli chedet hard copy. Aku rasa, baca online tak mencukupi. I must keep a hardcopy- koleksi peribadi.

Back to my story, aku blogging is just to express my 2cents of thoughts and ideas. Although, they are not as brilliant and important as Tun M's, for me it does matter. At least for me. Nobody is too small till insigificant (I started to believe that).

Sebelum ini aku rasa diri ini terlalu kecil, sehingga tak beri apa-apa impact pun pada dunia. Contoh if nak menderma, apa lah sangat yang mampu depa buat dengan derma aku yang tak seberapa...... During shopping hari sabtu as instance, no plastic bag day- aku rasa macam useless, coz few people jek yang support the campaign. But now, aku mulai percaya - setiap apa yang kita buat akan memberi kesan samada besar atau kecil.

Paling tidak pun, just untuk kepuasan diri. Kita akan rasa puas, apabila melakukan sesuatu yang bermanfaat dengan ikhlas. Biarlah kesannya hanya sebesar kuman, but at least we do something. If everybody doing something small, at the end, all the small things will contribute to a big impact.


So guys, if you get my point, let's start doing something........

p/s: takda niat pun nak membandingkan diri dengan Tun M, jauh, sangat jauh.....