Monday, March 19, 2012

XPDC Gunung Nuang - AEC

ALESCO Explorer Club, AEC ( kelab tidak rasmi), dianggotai oleh 14 orang perintis. Aktiviti sulung AEC ialah menawan puncak Gunung Nuang bermula 26/3 – 27/3/2011. Ia terletak di Hulu Langat, Selangor, berketinggian 1,493meter (4,898kaki). Puncaknya terletak di sempadan negeri Pahang dan Selangor. Gunung Nuang merupakan gunung yang tertinggi di Selangor dan menjadi sebahagian daripada banjaran Titiwangsa.


Berbekalkan semangat, kami memulakan eksplorasi pada pukul 9.00pagi (sabtu, 26/3), selepas bersarapan nasi lemak dan sandwich sebagai pengalas perut. Pendakian dari kaki gunung ke Kem Lolo, tapak khemah untuk kami bermalam mengambil masa hampir 3jam. Pendakian bermula dengan laluan balak yang agak besar tapi meletihkan, disusuli denga laluan tikus yang kecil tapi mencabar.


apa ada dalam container biru...? A.Y.A.M...ayam
Setibanya di Kem Lolo, kami mendirikan khemah sebagai tempat beristirehat seketika sebelum meneruskan pendakian.


ladies khemah lain... tak bleh campur wooo....
Berhampiran dengan tapak khemah, mengalir sungai yang airnya jernih dan sejuk. Suasana nyaman hutan simpan amat menyegarkan. Terasa hilang seketika keletihan pendakian kami seharian.


Selepas tenaga dijana semula, kami mula menyiapkan makan malam pula. Hidangan kami di waktu malam, di atas gunung sangat hebat. Siapa sangka barbecue ayam, tomyam ayam, sardine dan tidak ketinggalan sambal belacan menjadi santapan kami. Terasa seolah-olah sedang menjamu selera di hotel lima bintang.

masak tomyam atas gunung....terbaekkk

tak sia-sia....

Selepas makan, kami membuat ‘post-mortem’ mengenai masalah yang kami hadapi semasa pendakian tadi dan menyenaraikan countermeasure untuk ekspedisi kami seterusnya. (Kami kan staff SKP – actions plan and countermeasure sudah menjadi darah daging…..).

lapaq giler ni....
Keesokannya (27/3), pagi kami bermula seawal pukul 5.30. Suasana segar pagi di hutan simpan menjadi perangsang semangat untuk kami meneruskan ekspedisi menawan puncak Nuang. Selepas bersarapan, ekspedisi diteruskan. Kali ini, pendakian kami lebih mencabar. Jalan tikus menjadi semakin kecil dan tinggi, tiada jalan rata atau landai lagi. Hutan balak dan laluan yang semakin licin dan berbahaya terpaksa kami redahi. Sesekali kami terpaksa melangkau balak yang tumbang menghadang laluan. Letih tidak terucap dek kata-kata lagi. Apatah lagi apabila bekalan air minuman yang kami bawa telah kehabisan.

Akhirnya, selepas hampir 5 jam, semua ahli AEC berjaya menawan puncak Gunung Nuang setinggi 4,898kaki. Pelbagai perasaan, kesusahan dan keletihan yang terpaksa ditempuhi sepanjang pendakian, terasa berbaloi apabila kami berjaya merakamkan gambar kenangan di puncak Gunung Nuang.

Eksplorasi ini mengajar kami erti kesungguhan, mendidik kami untuk tidak berputus asa walau apa jua masalah yang dihadapi, demi untuk mencapai matlamat. Semangat kental dan semangat berpasukan menjadikan eksplorasi ini satu realiti.

‘ALESCO, namamu di puncak Gunung Nuang’

aku yang keletihan....

No comments: