Saturday, February 16, 2013

Sujud SAJADAH

Entri ini aku tulis untuk diri aku sendiri, bagi menjadi rujukan buat diri ini setiap kali terlupa cara sujud sajadah.

Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sajadah
  1. QS. Al A’rof ayat 206
  2. QS. Ar Ro’du ayat 15
  3. QS. An Nahl ayat 49-50
  4. QS. Al Isro’ ayat 107-109
  5. QS. Maryam ayat 58
  6. QS. Al Hajj ayat 18
  7. QS. Al Furqon ayat 60
  8. QS. An Naml ayat 25-26
  9. QS. As Sajdah ayat 15
  10. QS. Fushilat ayat 38 (menurut mayoritas ulama), QS. Fushilat ayat 37 (menurut Malikiyah)
Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada dalil shahih yang menjelaskannya
  1. QS. Shaad ayat 24
  2. QS. An Najm ayat 62 (ayat terakhir)
  3. QS. Al Insyiqaq ayat 20-21
  4. QS. Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
* selalunya di dalam Al-Quran disebelah ayat sajadah ada ditulis 'as-sajadah', teruslah sujud selepas habis ayat. Jika di dalam solat (biasanya solat jemaah pada waktu subuh hari jumaat) sujud lah bersama imam.


Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Cara-cara sujud sajadah

1.   Sujud sejadah dilakukan selepas membaca ayat sejadah
2.   Sujud sekali sahaja.
3.   Jika  membaca Al-Quran semasa duduk, letak Al-Quran kat tepi dan terus sujud. Seelok-eloknye menghadap kiblat. Tak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
4.   Kalau baca ayat sajadah ni masa sembahyang, selepas baca, terus sujud tanpa perlu rukuq terlebih dahulu. Selepas sujud, terus berdiri semula dan teruskan bacaan surah. Sebelum sujud, tidak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
5.   Bacaan semasa sujud seperti di bawah.

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."