Saturday, November 28, 2009

Akan ku sorakkan tawa ceria
Agar bibirmu mampu menguntum senyum
Walaupun hatimu hiba

Friday, November 27, 2009

Keroncong buat langit

Langit,
Turunkan lah air mu itu
Agar sejuk bumi ini
Dilimpahi rahmatMu

Mungkin kehangatan bumi ini
Angkara kesilapan manusia kini
Manusia yang tak lekang melakukan
maksiat dan kekejaman
Manusia yang hidupnya berpaksikan arah songsang
Manusia yang berkiblatkan syaitan
Titik

Seharusnya ia berakhir di situ
Belum lagi

Terkadang seolah guruh memberi petunjuk
Berdentum menunjuk arah
Tapi tak diendah
Justeru dilupa terus
Malah dianggap gila

Kemudian kilat memancar memberi amaran
Agar manusia kembali sedar dan insaf
Namun tiada siapa yang tersentap
Terus lena diulit ketaksuban

Langit mulai meredup berganti kelam
Awan-awan tebal berarak meninggalkan pergi
Ku sangka hujan kan membasahi bumi
Rupanya gerimis pun tak sudi

Arghhhh.....

Sunday, November 22, 2009

Specially dedicated to Tun M


Sincerely from the heart of a nobody:

I have admired him all this while. But today, after finished watching the History channel - MAHATHIR- I found that I admired him for the correct reasons. It's not only based on my feeling but actual contributions he did to the nation.

He started as a medical student, became medical doctor and a politician and then Prime Minister, he has worked hard for the nation and the malays especially. I have read the controversional copy of his The Malay Dilemma and was surprised of his thought. I might not understand all of his ideas but basically I agree with him.

Kejayaan Malaysia pada hari ini adalah atas usaha dan idea Tun. Bukan mudah menjadi pemimpin yang ideanya melampaui zaman. Setiap cadangan dan cetusan idea beliau mungkin sukar difahami dan diterima oleh masyarakat pada masa itu. Sekiranya kita ditempat beliau, kita pasti merasakan seolah-olah kita berdiri sendirian dan tiada siapa yang memahami kita. Perasaan begini akan membawa kepada kekecewaan dan kegagalan. Mujurlah dia ialah Tun M. Seorang yang tidak mudah tewas hanya kerana ideanya tidak diterima.

Pastinya Tun tersenyum gembira setiap kali melihat menara berkembar Petronas, KLIA, Putrajaya dan Sepang International Circuit. Perasaan yang kita semua tidak dapat bayangkan. Seolah-olah semua keringat dan air mata terbayar. Itu perasaan Tun (atau mungkin). Terkadang terfikir pada diri sendiri - apakah yang telah aku lakukan agar aku berhak merasai perasaan yang sama seperti Tun. Tidak kiralah pada negara, kerjaya, masyarakat ataupun keluarga. Pernahkan diri ini melakukan sesuatu yang luarbiasa (outstanding) sehingga diri ini berhak segembira itu?

Tun juga tidak henti-henti memperjuangkan nasib melayu. Beliau pernah menitiskan airmata ketika mendeklamasikan sajak 'Perjuangan Belum Selesai'. Tapi orang melayu tidak pernah faham atau buat-buat tidak faham dengan sajak beliau. Orang melayu tetap tidak berubah. Perasaan marah dan kecewa dengan bangsa melayu yang lalai dan lupa, beliau luahkan dalam 'Melayu mudah Lupa'. Pun begitu, bangsaku ini tetap sama. Masih mengharapkan diri dilindungi dan diberi keistimewaan. Kekadang kerana terlalu dimanjakan kita lupa untuk bertindak memajukan diri. Kita alpa dan lena di dalam semua subsidi dan keutamaan yang dihidangkan.

Wahai bangsaku, sampai bilakah kita harus begini? Gembira dengan apa yang ada. Tersenyum dengan hadiah dan anugerah. Redha dengan apa yang berlaku. Apabila malang menimpa, menyalahkan orang lain dan bermusuh sesama sendiri. Di saat orang lain berusaha siang dan malam menempa kejayaan, hanya segelintir yang terjaga. Selebihnya - hanya bercakap tanpa berfikir. Bertindak? Jauh sekali.

Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri kita, tapi perjuangan beliau tidak harus dipersiakan. Ayuh kita berfikir sejenak, ke manakah arah kita selepas ini?

I realise that Tun not even notice my writing, but I write this only to show how honoured and proud I am that I live in his period. It just that I wish I am older enough at that time, to work together with him to build this nation.