Monday, March 19, 2012

XPDC Gunung Nuang - AEC

ALESCO Explorer Club, AEC ( kelab tidak rasmi), dianggotai oleh 14 orang perintis. Aktiviti sulung AEC ialah menawan puncak Gunung Nuang bermula 26/3 – 27/3/2011. Ia terletak di Hulu Langat, Selangor, berketinggian 1,493meter (4,898kaki). Puncaknya terletak di sempadan negeri Pahang dan Selangor. Gunung Nuang merupakan gunung yang tertinggi di Selangor dan menjadi sebahagian daripada banjaran Titiwangsa.


Berbekalkan semangat, kami memulakan eksplorasi pada pukul 9.00pagi (sabtu, 26/3), selepas bersarapan nasi lemak dan sandwich sebagai pengalas perut. Pendakian dari kaki gunung ke Kem Lolo, tapak khemah untuk kami bermalam mengambil masa hampir 3jam. Pendakian bermula dengan laluan balak yang agak besar tapi meletihkan, disusuli denga laluan tikus yang kecil tapi mencabar.


apa ada dalam container biru...? A.Y.A.M...ayam
Setibanya di Kem Lolo, kami mendirikan khemah sebagai tempat beristirehat seketika sebelum meneruskan pendakian.


ladies khemah lain... tak bleh campur wooo....
Berhampiran dengan tapak khemah, mengalir sungai yang airnya jernih dan sejuk. Suasana nyaman hutan simpan amat menyegarkan. Terasa hilang seketika keletihan pendakian kami seharian.


Selepas tenaga dijana semula, kami mula menyiapkan makan malam pula. Hidangan kami di waktu malam, di atas gunung sangat hebat. Siapa sangka barbecue ayam, tomyam ayam, sardine dan tidak ketinggalan sambal belacan menjadi santapan kami. Terasa seolah-olah sedang menjamu selera di hotel lima bintang.

masak tomyam atas gunung....terbaekkk

tak sia-sia....

Selepas makan, kami membuat ‘post-mortem’ mengenai masalah yang kami hadapi semasa pendakian tadi dan menyenaraikan countermeasure untuk ekspedisi kami seterusnya. (Kami kan staff SKP – actions plan and countermeasure sudah menjadi darah daging…..).

lapaq giler ni....
Keesokannya (27/3), pagi kami bermula seawal pukul 5.30. Suasana segar pagi di hutan simpan menjadi perangsang semangat untuk kami meneruskan ekspedisi menawan puncak Nuang. Selepas bersarapan, ekspedisi diteruskan. Kali ini, pendakian kami lebih mencabar. Jalan tikus menjadi semakin kecil dan tinggi, tiada jalan rata atau landai lagi. Hutan balak dan laluan yang semakin licin dan berbahaya terpaksa kami redahi. Sesekali kami terpaksa melangkau balak yang tumbang menghadang laluan. Letih tidak terucap dek kata-kata lagi. Apatah lagi apabila bekalan air minuman yang kami bawa telah kehabisan.

Akhirnya, selepas hampir 5 jam, semua ahli AEC berjaya menawan puncak Gunung Nuang setinggi 4,898kaki. Pelbagai perasaan, kesusahan dan keletihan yang terpaksa ditempuhi sepanjang pendakian, terasa berbaloi apabila kami berjaya merakamkan gambar kenangan di puncak Gunung Nuang.

Eksplorasi ini mengajar kami erti kesungguhan, mendidik kami untuk tidak berputus asa walau apa jua masalah yang dihadapi, demi untuk mencapai matlamat. Semangat kental dan semangat berpasukan menjadikan eksplorasi ini satu realiti.

‘ALESCO, namamu di puncak Gunung Nuang’

aku yang keletihan....

Sunday, March 18, 2012

too small and almost insignificant.....?

Dah dua tahun tak menulis rupanya....and dah lama jugak nak mula menulis tapi tak berkesempatan. Blog ni pun for fun only. Salah satu sebab kenapa today suddenly aku start writting maybe because of "BLOGGING to unblock" - Dr Mahathir Mohamad. 
I had been following chedet.com since 2009. Since then I never missed to read any of his thoughts and ideas. But last week, aku beli chedet hard copy. Aku rasa, baca online tak mencukupi. I must keep a hardcopy- koleksi peribadi.

Back to my story, aku blogging is just to express my 2cents of thoughts and ideas. Although, they are not as brilliant and important as Tun M's, for me it does matter. At least for me. Nobody is too small till insigificant (I started to believe that).

Sebelum ini aku rasa diri ini terlalu kecil, sehingga tak beri apa-apa impact pun pada dunia. Contoh if nak menderma, apa lah sangat yang mampu depa buat dengan derma aku yang tak seberapa...... During shopping hari sabtu as instance, no plastic bag day- aku rasa macam useless, coz few people jek yang support the campaign. But now, aku mulai percaya - setiap apa yang kita buat akan memberi kesan samada besar atau kecil.

Paling tidak pun, just untuk kepuasan diri. Kita akan rasa puas, apabila melakukan sesuatu yang bermanfaat dengan ikhlas. Biarlah kesannya hanya sebesar kuman, but at least we do something. If everybody doing something small, at the end, all the small things will contribute to a big impact.


So guys, if you get my point, let's start doing something........

p/s: takda niat pun nak membandingkan diri dengan Tun M, jauh, sangat jauh.....

Friday, December 25, 2009

I can make it through the rain......

When you get caught in the rain with no where to run
When you're distraught and in pain without anyone
When you keep cryin out to be saved but nobody comes
And you feel so far away that you just can't find your way home
You can get there alone

It's ok, won't you say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own and I know that I'm strong enough
to mend
And every time I feel afraid
I hold tighter to my faith and I live one more day and I make it
through the rain

And if you keep falling down, don't you dare give in
You will arise safe and sound, so keep pressing on steadfastly and
you'll find what you need to prevail

What you say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own and I know that I'm strong enough
to mend
And every time I feel afraid
I hold tighter to my faith and I live one more day and I make it
through the rain

And when the wind blows
And shadows grow close
Don't be afraid
There's nothing you can't face
And should they tell you, you'll never pull through

Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own and I know that I'm strong enough
to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain
And I can make it through the rain and stand up once again
And I live one more day and night, I can make it through the rain

Oh yes you can,
You're gonna make it through the rain

Saturday, November 28, 2009

Akan ku sorakkan tawa ceria
Agar bibirmu mampu menguntum senyum
Walaupun hatimu hiba

Friday, November 27, 2009

Keroncong buat langit

Langit,
Turunkan lah air mu itu
Agar sejuk bumi ini
Dilimpahi rahmatMu

Mungkin kehangatan bumi ini
Angkara kesilapan manusia kini
Manusia yang tak lekang melakukan
maksiat dan kekejaman
Manusia yang hidupnya berpaksikan arah songsang
Manusia yang berkiblatkan syaitan
Titik

Seharusnya ia berakhir di situ
Belum lagi

Terkadang seolah guruh memberi petunjuk
Berdentum menunjuk arah
Tapi tak diendah
Justeru dilupa terus
Malah dianggap gila

Kemudian kilat memancar memberi amaran
Agar manusia kembali sedar dan insaf
Namun tiada siapa yang tersentap
Terus lena diulit ketaksuban

Langit mulai meredup berganti kelam
Awan-awan tebal berarak meninggalkan pergi
Ku sangka hujan kan membasahi bumi
Rupanya gerimis pun tak sudi

Arghhhh.....

Sunday, November 22, 2009

Specially dedicated to Tun M


Sincerely from the heart of a nobody:

I have admired him all this while. But today, after finished watching the History channel - MAHATHIR- I found that I admired him for the correct reasons. It's not only based on my feeling but actual contributions he did to the nation.

He started as a medical student, became medical doctor and a politician and then Prime Minister, he has worked hard for the nation and the malays especially. I have read the controversional copy of his The Malay Dilemma and was surprised of his thought. I might not understand all of his ideas but basically I agree with him.

Kejayaan Malaysia pada hari ini adalah atas usaha dan idea Tun. Bukan mudah menjadi pemimpin yang ideanya melampaui zaman. Setiap cadangan dan cetusan idea beliau mungkin sukar difahami dan diterima oleh masyarakat pada masa itu. Sekiranya kita ditempat beliau, kita pasti merasakan seolah-olah kita berdiri sendirian dan tiada siapa yang memahami kita. Perasaan begini akan membawa kepada kekecewaan dan kegagalan. Mujurlah dia ialah Tun M. Seorang yang tidak mudah tewas hanya kerana ideanya tidak diterima.

Pastinya Tun tersenyum gembira setiap kali melihat menara berkembar Petronas, KLIA, Putrajaya dan Sepang International Circuit. Perasaan yang kita semua tidak dapat bayangkan. Seolah-olah semua keringat dan air mata terbayar. Itu perasaan Tun (atau mungkin). Terkadang terfikir pada diri sendiri - apakah yang telah aku lakukan agar aku berhak merasai perasaan yang sama seperti Tun. Tidak kiralah pada negara, kerjaya, masyarakat ataupun keluarga. Pernahkan diri ini melakukan sesuatu yang luarbiasa (outstanding) sehingga diri ini berhak segembira itu?

Tun juga tidak henti-henti memperjuangkan nasib melayu. Beliau pernah menitiskan airmata ketika mendeklamasikan sajak 'Perjuangan Belum Selesai'. Tapi orang melayu tidak pernah faham atau buat-buat tidak faham dengan sajak beliau. Orang melayu tetap tidak berubah. Perasaan marah dan kecewa dengan bangsa melayu yang lalai dan lupa, beliau luahkan dalam 'Melayu mudah Lupa'. Pun begitu, bangsaku ini tetap sama. Masih mengharapkan diri dilindungi dan diberi keistimewaan. Kekadang kerana terlalu dimanjakan kita lupa untuk bertindak memajukan diri. Kita alpa dan lena di dalam semua subsidi dan keutamaan yang dihidangkan.

Wahai bangsaku, sampai bilakah kita harus begini? Gembira dengan apa yang ada. Tersenyum dengan hadiah dan anugerah. Redha dengan apa yang berlaku. Apabila malang menimpa, menyalahkan orang lain dan bermusuh sesama sendiri. Di saat orang lain berusaha siang dan malam menempa kejayaan, hanya segelintir yang terjaga. Selebihnya - hanya bercakap tanpa berfikir. Bertindak? Jauh sekali.

Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri kita, tapi perjuangan beliau tidak harus dipersiakan. Ayuh kita berfikir sejenak, ke manakah arah kita selepas ini?

I realise that Tun not even notice my writing, but I write this only to show how honoured and proud I am that I live in his period. It just that I wish I am older enough at that time, to work together with him to build this nation.

Friday, October 16, 2009

mencari sinar di subuh hari

Di kala subuh selalunya kita akan bersiap sedia memulakan kehidupan. Orang kata kehidupan bermulanya dengan waktu subuh. Apabila matahari mula menyinari bumi dan kehangatan mula terasa, hidup mula berubah. Dari kesejukan dan kedamaian subuh berubah kepada kepanasan dan kesibukan di bawah mentari yang bersinar hangat. Namun, sesekali hujan turun membasahi bumi. Menyejukkan hari dan terkadang menghentikan semua kegiatan seharian.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Dalam sibuk kita berjuang untuk mengecapi hidup yang lebih baik, pelbagai masalah dan keperitan yang terpaksa ditempuhi. Tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup itu indah. Beruntunglah mereka yang mengecapi keindahan hidup. Namun tak bermakna malang bagi mereka yang sentiasa ditimpa ujian dan keperitan.

Sekali kita melakukan kesalahan, kadang-kadang kita akan dihukum seumur hidup. Tapi, mengapa ada orang lain yang melakukan kesalahan tapi dimaafi dan diterima semula? Adakah hukuman itu memilih? Pilih orang yang tidak berharta, tidak berpengaruh, atau mungkin tidak berkeluarga?

Atau adakah salah kita sendiri kerana tidak pandai memperbetulkan kesalahan kita?

Lihat saja hari ini, ada pesalah yang diterima kembali ke pangkuan masyarakat malah dilantik menjadi ketua. Hairan. Ada yang kata, hukuman yang diterima olehnya sudah memadai. Dia telah membuktikan yang dia sudah berubah. Dia sudah bertekad untuk kembali ke pangkal jalan. Tapi apa yang telah dia lakukan? Orang ramai begitu yakin dan percaya dengan perubahannya? Keliru. Mengapa dia lebih mudah diterima dan disanjung berbanding dengan nasib seorang penagih dadah yang tersilap jalan dan telah insaf tapi terus dibuang oleh keluarga dan masyarakat?

Mungkin ini ialah detik mula bagi masyarakat mengamalkan budaya memaafi. Semoga selepas ini lebih ramai lagi yang dimaafi.

Asalkan jangan tersilap memaafi sudahlah. Fikir, selidik dan perhati sebelum memaafi seseorang. Dan sekiranya dia telah dimaafi, lebih baik kita terus memerhati dan membimbing agar dia tidak kembali melakukan kesilapan.

Semuanya bergantung pada kita untuk mencari sinar selepas subuh. Agar di kala malam, kita mampu tersenyum sebelum tidur.