Teringat suatu ketika dulu, waktu training di Kuala Lumpur, semasa sessi memperkenalkan diri:
Aku; "saya berasal dari Muar"
Trainer; " ooo Muar...... bukan dari Johor?"
Aku, " bukan.... dari Muar...." kemudian baru aku sedari, yang aku dari Muar, Johor.....
Tak tahu lah kenapa agaknya, bagi orang Muar (atau Muo), Johor adalah merujuk kepada Johor Baharu. Jika mereka bertanya " kau tak pergi Johor?".... sebenarnya mereka merujuk kepada " tak pergi JB?"
Aku tidaklah pakar sangat mengenai seluruh daerah Muar, tapi aku cukup arif mengenai Bandar Maharani...kerana aku dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di sini, sehinggalah aku menyambung pelajaran di Sungai Petani,Kedah.
Dulu semasa kecil, aku akan ke Bandar Maharani menaiki bus Peladang dari Sg Abong, rumah aku. Bas kecil tapi orang yang naik mashaAllah gila ramai...macam nak terbalik bus dibuatnya. Kemudian apabila telah besar sikit, aku akan ke Bandar Maharani menaiki basikal dari Sg Abong - tak la jauh sangat pun. Ada ketikanya pagi-pagi subuh, aku akan menaiki basikal dari rumah hingga ke Tanjung Emas- beriadah kononnya......aman.......suasana sangat indah dan aman. Udara yang bersih, pemandangan yang cukup indah di tebing sungai Muar. Duduk berehat sebentar di atas gelongsor sebentar sambil membaca sebelum aku mengayuh basikal pulang- seebelum hari semakin panas......
Dari kecil aku melihat perubahan Bandar Maharani, dari sebuah bandar yang ada beberapa supermarket yang namanya mungkin tidak didengari lagi masa ini. Antaranya Supermarket Rich, Upwell, Senyum, Hock Hai. Dari kedai buku seperti Toko Buku Manaf, Pustaka Hussien, Sri Tanjung dan banyak lagi. Dulu takda The Store, Popular ni.... Teringat plak dulu ada panggung wayang Rex dan Cathay kalau tak silap. Di situlah kali pertama aku menonton wayang cerita Azura.
Walaupun Muar bukan Kuala Lumpur, tapi pengalaman tinggal di bandar pencen ini amat berharga bagi aku.
Tanggal 10 Muharam 1434H bersamaan 25 November 2012, Bandar Maharani secara rasmi diisytiharkan sebagai Bandar DiRaja. Ini membuatkan aku dan beribu warga Muar tanpa mengira bangsa merasa amat gembira. Aku yang berbangga dengan Muar, tidak melepaskan peluang meraikan peristiwa bersejarah ini.
Banyak acara diadakan antaranya pertunjukan bot dan kereta berhias. Sewaktu kecil dulu (tak ingat tahun berapa), aku pernah menyaksikan perarakan kereta berhias pertama dalam hidup aku di Muar. Kalau tak silap semasa sambutan hari kemerdekaan.
Bandar Maharani dihias indah berseri. Warga Muar berpusu-pusu keluar meraikan setiap acara.
Acara kemuncak ialah pertunjukan bunga apa yang cukup cantik.









No comments:
Post a Comment