Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad - karyawan perpaduan



Hari ini, perginya Yasmin Ahmad merupakan satu lagi kehilangan dalam dunia seni tanahair. Beliau bukan sahaja seorang pengarah dan penerbit tetapi merupakan 'ahli fikir' kepada kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini.
Saya memang tidak mengenali beliau secara peribadi, tetapi begitu kagum dengan hasil seni beliau. Saya mengagumi hasil kerja beliau sama ada dalam iklan-iklan perayaan mahupun filem-filem beliau. Sememangnya beliau lebih mengutamakan perasaan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Nilai-nilai ini diterapkan dalam setiap hasil karya beliau.

Filem Sepet merupakan di antara karya terhebat beliau. Mungkin ada dikalangan kita terutama orang melayu yang tidak dapat menerima cara Yasmin Ahmad berfikir. Tapi ini tidak bermakna, beliau silap. Dalam Sepet, diterapkan cara hidup masyarakat muhibah di negara ini. Mungkin ada antara kita yang berpendapat kesepakatan di antara kaum Melayu, Cina dan India tidak wujud di negara ini. Tapi bagi saya secara peribadi melihat kesepakatan ini wujud di mana-mana pun di negara ini. Tidak keterlaluan jika saya berpendapat apa yang abnormal (luar biasa) ialah pergaduhan di antara bangsa. Apa yang selalu kita lihat ialah pelbagai kaum ini makan di bawah satu bumbung yang sama, bekerja bersama, berbelanja bersama, malah berhibur bersama. ITULAH YANG BIASA.

Inilah yang cuba disampaikan oleh arwah Yasmin Ahmad. Mengapa masyarakat kita hanya menggembar-gemburkan perkara negatif yang jarang berlaku (seperti perselisihan antara kaum) daripada yang positif dan berlaku setiap hari. Pelajar-pelajar kita di sekolah boleh belajar, makan dan bermain bersama-sama bangsa lain. Ini yang patut kita banggakan.

Masyarakat muda di negara kita lebih mengamalkan cara hidup yang damai dan harmoni bersama bangsa lain. Tetapi malangnya, masyarakat veteran yang berubah dan terlalu memilih bulu dan bersikap perkauman (racist). Yang bergaduh setiap hari ialah orang tua bukannya golongan muda. Mereka bergaduh kerana politik, kononnya memperjuangkan nasib bangsa. Tidak bolehkah kita menjadi bangsa Malaysia?

Mungkin ada yang kata tidak. Kerana orang Melayu dan kaum bumiputera ada hak istimewa yang diberikan oleh perlembagaan dan kerajaan kepada mereka. Saya hanya berharap yang orang Melayu tidak menjadikan ini tajuk utama untuk mengabaikan perpaduan. Saya juga tidak berharap kaum lain menjadikan ini sebagai titik mulanya sebuah perjuangan untuk menuntut keadilan dan keseimbangan antara kaum. Adakah alasan perjuangan ini lebih penting daripada erti sebuah kedamaian, keharmonian dan kebahagian negara kita Malaysia.

Semoga perginya arwah Yasmin Ahmad tidak bermaksud perginya erti masyarakat majmuk dan perpaduan di negara ini. Kita yang masih hidup dan bernyawa perlulah meneruskan perjuangan beliau, bukannya di layar perak tetapi menjadikan impian arwah satu realiti.

Alfatihah, buat arwah. Semoga rohnya dirahmati Allah dan semua dosa arwah semasa hayatnya diampunkan Allah. Amiin.

3 comments:

Nol Huzzsan said...

Setuju dengan penulis, pemergian Yasmin Ahmad bukanlah pengakhiran perpaduan dikalangan kaum di Malaysia. Kita perlu bersama2 merialisasikan perpaduan dalam setiap aspek.

H2 said...

Menyanyah abis...
But forgiven for trying.. congratulation though!
Will be ur loyal fan for this blog...

ainzoo said...

stuju2...i`m 1 of her fan...mmg kehilangan yang tak le nk di ganti..akan rindu lah aku pada kayra2 allahyarhamah...al fatihah...
g ar blog selambakodok..best gak



p/s: senario kat tmpat kita nih, kalo dah innalillah br nk appreciate ..:-(