Wednesday, July 29, 2009

Erti sebuah persahabatan


Coretan ini hanya untuk berkongsi tentang erti sebuah persahabatan. Kita ada ramai kawan, sahabat, member atau apa-apa sahaja istilah yang boleh digunapakai. Seperti mana banyaknya perkataan yang sinonim dengan istilah sahabat, begitu jugalah tentang makna sebuah persahabatan.

Persahabatan yang terjalin tidak boleh diukur dengan waktu, atau dibezakan dengan usia. Sahabat yang sejati sangat susah dicari. Sahabat yang menangis bersama, ketawa bersama, berlapar bersama, mungkin satu dalam berjuta. Pernah berlaku dikalangan kita 'kawan makan kawan', atau 'gunting dalam lipatan'. Semua pengalaman ini menjadikan kita lebih mengenali seseorang sahabat.

Alhamdulillah, pengalaman pahit yang berlaku padaku suatu waktu lalu, mampuku hadapi dengan tabah dan cekal.
Kecekalan dan ketabahan ini tidak hadir dengan sendiri, tetapi mampuku harungi kerana adanya sahabat-sahabat disekelilingku.

Buat sahabat-sahabatku yang:

1. Sanggup berbual dan menenangkan hatiku sehingga awal subuh pagi,
2. Sanggup mendengar tangisan dan rintihanku
3. SMSku sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KL, demi untuk menenangkanku
4. Menghubungiku walaupun jauh di hutan rimba
5. Menjemputku ke rumah dan memasak untukku kerana mahu aku melupakan masalah yang berlaku
6. Sanggup merantau jauh demi melihat yang sahabat baiknya masih bernafas dan bernyawa
7. Tidak pernah sangsi dengan keputusanku
8. Mempercayaiku
9. Tidak bertanya kepadaku, demi menjaga hati
10. Tidak menunjukkan rasa simpati kepadaku kerana tidak mahu melihat aku bersedih

Bagiku, kau sahabat sejatiku. Terima kasih kerana berada disisiku. Tiada kata dapatku lafazkan, tiada hadiah dapatku berikan, yang mampuku berikan adalah sebuah erti persahabatan. InsyaAllah, hidup ini akan kita tempuhi bersama dalam susah, dalam senang. Andainya aku tergelincir dan terjatuh, lalu tersilap langkah, harapanku agar sahabat-sahabatku masih setia disisiku, terus mempercayaiku dan membimbingku.

TERIMA KASIH IKHLAS DARIKU

8 comments:

Beny said...

Nampaknya penulis amat beruntung mempunyai kawan-kawan yang menghargai erti persahabatan. Namun, kengkadang kita juga terdengar kawan yang mengambil kesempatan atas hubungan persahabatan untuk kepentingan sendiri. Kawan seperti itu bukanlah kejam cuma mereka belum sedar akan pentingnya persahabatan dan mengekalkan persahabatan yang sejati. Tetapi, sekiranya mereka sedar dan masih meneruskan niat untuk mencari keuntungan / kesempatan dari hubungan itu, maka mereka digolongkan dalam golongan durjana. Masa sahaja yang akan dapat menyedarkan kita akan keikhlasan dalam menjalinkan persahabatan.

H2 said...

" In the end, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends "

touch said...

saya juga berharap yang saya akan terus menjadi sahabat yang baik dan sejati.Sedia membantu semua sahabat bila-bila masa. Nothing more precious than frenship and family

ainzoo said...

Kami datang, Membantu anda dalam kesusahan, Kami tak besar dan kami tak kuat, Apa yang penting? Kerjasama...


Eheh..ye lah..sama2 tolong..masa susah..masa senang...baru la kawan sejati yang sokmo di hati..dok gitu?

samsul zariman said...

aku ok jer

Saqir said...

kawan, kawan, kawan,...

ada kawan makan kawan
ada kawan tolong kawan

kawan-kawan aku??

touch said...

kita semua perlulah menghargai semua kawan-kawan yang kita ada

Anonymous said...

nasib kau ada joe touch....

regards,angola